Friday, November 16, 2012

Usaha kecil untuk Gaza

Sejak awal muharram aritu, 17hb Nov kita telah dikejutkan dgn berita keadaan yang menimpa saudara seislam kita di Gaza. Tiap hari buka fb,ada saja yang share pic2 mujahid2 yg sangat-sangat menyayat hati. Paling tak tahan,pic baby2 yg berlumuran darah,kepala tertembus semua. Ya Allah, sebak sesebaknya,meremang bulu roma. Sedih,tersentuh sangat naluri keibuan ni.. Kat sini anak2 kita main,gembira tanpa perlu risau kalau ada bom atau peluru nak datang tah dari mana..

Arini cik Lela bukan nak cite pasal Gaza. Tu semua orang dah tau rasanya. Tapi nak cite perihal cik Lela boikot mcd (boikot la sangat katanya).huhu. Dulu tiap kali ada pertumpahan darah di Palestin,akan keluar la saranan,boikot mcd,boikot all israeli funder products semua. Loreal, Starbucks, Johnsons, Nestle dll. Ok,di atas rasa kesedaran,kesedihan,kebencian pada Zionist. Memang kami sekeluarga tak makan pun kat mcd dan cuba elakkan beli benda2 dari company berkaitan. Tapi ada sekali tu,Hakim teringin sangat nak aiskrim mcd. Beli la 1. Tapi janggal nya lah rasa. Sebab boleh kira berapa orang islam je pi beli. (masa tu pegi dkt mcd mcm satu dosa besar - bagai subahat dgn zionis durjana laknatullah). Bila mcm tu,dah rasa bersalah sgt. Adik cik Lela pun siap cakap,dah mkn ni,nanti pegi sedekah rm20 kt tabung palestin (ganti balik). Punyalah dasyat ketakutan taknak makan mcd masa tu. Starbucks cik Lela tak heran,sbb tak pernah kenal & i'm syukur sgt..

Tapi bulan berlalu,keadaan di Palestin dah semakin tenang, mcd mula dipenuhi dgn org islam semula. Mula2 masing2 mcm takut-takut,malu-malu nak makan. Then lama kelamaan,semua orang pun dah mula selesa balik nak makan kat mcd. Termasuk la cik Lela & whole family jugak.

Again, selang beberapa ketika,bumi Palestin bergolak lagi. Dan bermula la semula ops Boikot Konon kami sekeluarga.. Sampai la ke bulan lepas.. Makan Samurai burger kot masa tu.

Dan,beberapa hari lepas,bumi Gaza dihujani peluru,bom lagi. Dan seperti biasa,keluarla gambar burger berdarah dgn mesej yg sama. Boikot mcd! Dan entah mengapa,kali ni mcm dtg semangat. Nak boikot mcd for good,forever, Insyaallah! Sebab sedar tak sedar kami dah tak makan mcd lebih kurang sebulan. Apa salahnya cuba tak makan terus kan. Bukan sihat pun.huhu.

Dan sebenarnya kan,time keadaan tenang tu la,masa kita makan dgn selamba tu la yg kita dah penuhkan tabung2 israel ni kan. Bukan masa sedang berlaku mcm sekarang. Kita tak makan just utk few weeks,tak beri kesan langsung pada mereka. Sebab kita dah makan for about a year! Ya allah,imagine la betapa 'pemurah'nya kita ni.. :’(

Mesti ada yang kata,ala ko beria boikot ni bukan ada kesan pun. Baik makan je. Ala tu,ala ni dan segala kata-kata. Tapi ntahla,cik Lela rasa nak mulakan sesuatu..
Jom la umat islam,kawan2 semua. Kali ni apakata,dah terlanjur boikot kejap,kita teruskan nak. Cakap memang senang kan. Al maklum saje,dah membesar bersama mcd sejak kecik kan. Ingat senang ke nak lupa kesedapan gcb,prosperity,air leh refill sampai pengsan tu.. Tapi apa salah kita cuba kan. Byk lagi makanan lain yang lebih sihat,mengenyangkan dan murah kat luar tu kan.. Burger2 bakar org melayu pun dah banyak. (tapi please la buat sedap2).  Bagi semua org leh lupakan mcd terus.

Please,cik Lela pesan kat diri sendiri. Jangan makan balik masa keadaan dah tenang mcm yg kami biasa buat dulu. Dan terbaru dpt berita. Mcd nak bg breakfast free isnin nanti. Apa maknanya tu? Mcd dah panik, nak kaburkan kita. Ya Allah,kau berilah kami kekuatan untuk melakukan 'sumbangan' yang teramat kecil ini Ya Allah.. :’(

Saturday, November 3, 2012

Breakfast oh breakfast

Pagi tadi g anta adik ke sekolah. Dia ada lawatan. So alang2 dah kuar umah, cik Lela memutuskan nak beli je breakfast. Sesekali mls masak apa salahnya kan. Hehe

Tapi yg bagusnya, disebabkan dah terrminum milo sebelum keluar, cik Lela sudah blur nak beli apa kt kedai tu. (sebab perut mcm ada sikit kenyang jugak) . Last cuma beli nasi lemak biasa 2, bihun goreng 1 dan pulut inti kelapa 1.

Rupanya memang bagus tips pergi shoping dgn perut kenyang ni. Sebab kalau x,pergi beli makanan dgn perut lapar, biasanya kami akan beli nasi lemak sambal sotong + paru 1,nasi lemak rendang kerang 1, lontong la, pulut sampai 2. ( anak2 suka mkn pulut) tp biasanya dorg mkn sorang separuh. = mcm 1 jela kan. End up bila mkn, tak abis pun semua. Siapa yg jadi mangsa kena habis kan tu? Ibu dia la jugakkk, kalau tak, nanti membazir katanya. Manala tak makin buntal kan..jadi 'tong sampah' family. Haha

K la, enough of bebel today. Jemput makan ye semua & happy sunday everyoneee! :D

Wednesday, October 31, 2012

Permainan itu kehendak ye anak2..

Harini taknak bebel la. Tapi rasa nak share something kat u olls. Nak share, why cik Lela xde problem anak guling2 kat mall nak mainan atau apa2 yg sewaktu dgnnya. Pendek kata, ni tips untuk ibu ayah yang poketnya sederhana tebal. Tapi awal2 nak warning, ini cik Lela hanya cite je, tak paksa sape2 ikut ok? Hehe.

Tips pertama : sejak anak tu dah mula cerdik, dlm umur 7-8 bulan ke atas tu, never ever bagi dia tau yg barang mainan kat kedai tu boleh di bawa balik kalau ibu ayah dia keluarkan duit dari poket. Senang ckp, jgn beli dpn dia. Rasa sekarang dah senang kot nak buat, banyak suka beli online kan. Anak tu tak tau celah mana datang mainan tu. Tau2 je benda tu dah ada. Senang tak. Ok, setel 1 bab.

Then kalau pergi berjalan, ada nampak kedai mainan, bawak je dorg masuk. Bagi je anak main dgn menda2 kat situ kejap. Tapi sentiasa ingat, rule no 1, jgn benarkan dorg tau menda2 tu boleh bawak balik.. Hehe. Tips ni di apply juga kepada belon2 yg dijual kat pasar malam & segala yg sewaktu dgnnya.

Tips kedua : jgn biasakan asal balik keje or pergi mana2,ibu ayah balik bawak mainan. Sesekali ok. Yela, takkan anak2 takde mainan langsung kan. Bukan ape,Nanti anak2 akan fikir wajib ibu ayah bawak mainan kalau lama tak jumpa. Bahaya woo..nanti kalau katalah lama kena outstation ke, dibimbangi anak tu lagi rindu nak something yang kita bawak balik dari rindu kat kehadiran kita. Aduh, sedih kot. Kalau kena time tu bulan gelap, tak dapat beli pape, dah dia ingat kita tak sayang dia. Huhu.

Tips ketiga : jangan sesekali bagi anak2 tau yg aiskrim or roti yg lalu2 depan umah tu boleh dibeli. Ok fine la, roti boleh kot. Tapi aiskrim never ok? Jangan terkejut, anak2 cik lela baru je tau baru2 ni tau. Tu pun sebab cik Lela tgh pregnan, teringin nak aiskrim tapi dilanda kemalasan yang teramat. And guess what? Dorg terkejut benda tu boleh di beli kalau panggil pakcik aiskrim tu and then dah addicted la pulak. Pantang dgr bunyi kring2, sibuk berlari mintak duit nak beli. Aiyoo! Cik Lela tepuk dahi sudah. Haha. Tapi dah tak takut sgt sebenarnya pun, dorg dah besar, masing2 9 & 6 tahun dah. Rasanya dah faham bahasa bila kita cakap 'takkan nak makan aiskrim hari2 kot sayang..' hehe.

Cik Lela tau, mesti ada yang kata, ala kita kerja penat2, untuk anak2 jugak kan. Apa salahnya manjakan dorg , bla bla. Sebab tu pesan awal, ni cara cik Lela.. Dan mesti ada yang kata, kejamnya lah buat camtu kat anak2. Hmm, cakap memang senang, tapi korang tak tau, betapa sayunya hati ni bila anak2 menangis tak nak tinggalkan kedai mainan, masa dorg tunjuk2 belon kat pasar malam. Lagi tambah sedih bila nampak dia tengok budak lain ( cousin dia ke) pegang,i can see dlm mata dorg..why kami tak dapat. Budak tu boleh..Tapi cik Lela bisik kat anak, tak best pun benda tu sayang,kita g beli makanan lagi best. Nanti Tengokla, kejap lagi bersepah je benda2 tu. Dan memang betul pun, kejap je bersepah dah. Haha ;P .

Memang proses tu agak sedih kadang2. Tapi Alhamdulillah, kesan positifnya dapat dilihat sekarang. Mereka ada kawalan nafsu membeli yg bagus. Org beli apa pun, dorg tak heran sangat dah. Sebab dorg tau, dok beli2, end up nanti bersepah. (aritu bagi Hakim hadiah besday kereta kontrol pun
kejap je mainnya) sabor jela. Tu sesekali beli tu. Imagine yg sokmo beli mainan.. Hmmm.

Plus lagi tambah happy bila baca Prof Muhaya cakap, anak2 yg ditanamkan kemewahan material,akan subur nafsunya.. Something camtu la ayat dia. So cik Lela lega, 1 part cik Lela dapat didik anak2 dengan agak baik. Dah besar, dah ada duit nanti, dorg nak membeli belah mcm mana cik Lela tak boleh halang dah. Tapi harap nafsu membeli tu tak membara2 sangat la kesan didikan awal ni (statistik ramai bankrap di usia muda sgt menakutkan ok).

Hmm, rasa panjang berjela dah ni. Harap apa yg dikongsikan ni jgn ada yg salah faham or apa2 ye. Kalau u oll jenis poket tebal, apa salahnya nak belanja anak2 sentiasa kan.. Duit berkepuk tu bukan leh bawak mati pun..hihi. Tapi disebabkan Cik Lela tak berapa nak mampu, so manjakan anak cara lain la.. Ini sekadar berkongsi cerita saja ye. Peacee! Hehe :D

Friday, October 12, 2012

Panggilan itu doa

Aduhai,again tak boleh nak update status kat fb lg. Apekeheinya la tak boleh2 ni. Sedih tol. Mark ni pilih kasih la. Mencikk tau.huhu

Nak cite,tadi masa pegi amik anak sekolah,terdengar 1 pakcik panggil anak dia 'si gemuk,lembab'. Aduh pakcik,tolongla. Jgn la panggil anak tu camtu. Cuba org panggil pakcik si ganyut ke. Marah tak. Kata2 tu doa tau pakcik. Kok ye pun dia gemuk,lembab,ganti la dgn nama yg manis sikit. Si comel ke. Anak sy yg kurus kudut dulu sy panggil si cantik,dah betol2 jadi cantik skrg tau pakcik. (puji anak kejap) hehe :p

Hmm,mungkin pakcik tu ada history family dia panggil gelaran kasar2 kot. Tapi please la u olls,apa yg dah lepas tu memang tak boleh nak ubah dah. Ye tak. Tapi yg akan dtg leh ubah pe. We're talking about future lawyer,or doctor or PM perhaps tau. Kalau dibiarkan,tak ke bdk tu kalau jadi lawyer,dia jadi yg pemaki hamun kan. Atau doctor kasar garang. (adake?) ntahla kan.

Aduh,ni mls nak start. Cik Lela ni,kalau dibiarkan membebel,memang habisla. Haha. K la,dpt kan mesejnya? Apa saja yg kita tanam,tula yg kita dpt. Tanam doa baik,hasilnya Insyaallah baik. Kalau sebaliknya,harap faham2la. Nanti dah tua jgn menyesal tau..huhu

Moga yg berbuat begitu akan insaf one day.. Jom kita. Sentiasala amal kan berkata perkataan yg baik2 saja walau dimana & dgn siapa especially anak2 kita.. Mereka itu cermin siapa kita..

Sekian bebelan pada hari ini. Hehe :D

Tuesday, October 9, 2012

Tempat bebel baru

Aduhai,camne eh nak mulakan cite. Tapi kan,sejak 2,3 minggu lepas kan, cik Lela dah tak boleh nak update status panjang2 a.k.a merapu kat fb dah. Donno why. Apakah salahku sampai tak boleh update dah. Tak kan Mark Zukerberg tak bagi kot. Org lain boleh je. Ni yang sentap nih. Tak nak kawan Mark.. Huhu

Dipendekkan cite,atas nasihat & pertolongan dari beberapa org bff cik Lela yg comel lote,maka terhasil la blog ni. So ada lah tempat nak merapu merepek meluah hati dah. Dah tak kacau mata org kat fb dah. Sape suke,ada masa lapang,leh baca. Sape tak suka,bye.

K la,panjang sgt lak introduksinya ni. Later cik Lela sambung eh. Bye korang. Hehe