Wednesday, October 31, 2012

Permainan itu kehendak ye anak2..

Harini taknak bebel la. Tapi rasa nak share something kat u olls. Nak share, why cik Lela xde problem anak guling2 kat mall nak mainan atau apa2 yg sewaktu dgnnya. Pendek kata, ni tips untuk ibu ayah yang poketnya sederhana tebal. Tapi awal2 nak warning, ini cik Lela hanya cite je, tak paksa sape2 ikut ok? Hehe.

Tips pertama : sejak anak tu dah mula cerdik, dlm umur 7-8 bulan ke atas tu, never ever bagi dia tau yg barang mainan kat kedai tu boleh di bawa balik kalau ibu ayah dia keluarkan duit dari poket. Senang ckp, jgn beli dpn dia. Rasa sekarang dah senang kot nak buat, banyak suka beli online kan. Anak tu tak tau celah mana datang mainan tu. Tau2 je benda tu dah ada. Senang tak. Ok, setel 1 bab.

Then kalau pergi berjalan, ada nampak kedai mainan, bawak je dorg masuk. Bagi je anak main dgn menda2 kat situ kejap. Tapi sentiasa ingat, rule no 1, jgn benarkan dorg tau menda2 tu boleh bawak balik.. Hehe. Tips ni di apply juga kepada belon2 yg dijual kat pasar malam & segala yg sewaktu dgnnya.

Tips kedua : jgn biasakan asal balik keje or pergi mana2,ibu ayah balik bawak mainan. Sesekali ok. Yela, takkan anak2 takde mainan langsung kan. Bukan ape,Nanti anak2 akan fikir wajib ibu ayah bawak mainan kalau lama tak jumpa. Bahaya woo..nanti kalau katalah lama kena outstation ke, dibimbangi anak tu lagi rindu nak something yang kita bawak balik dari rindu kat kehadiran kita. Aduh, sedih kot. Kalau kena time tu bulan gelap, tak dapat beli pape, dah dia ingat kita tak sayang dia. Huhu.

Tips ketiga : jangan sesekali bagi anak2 tau yg aiskrim or roti yg lalu2 depan umah tu boleh dibeli. Ok fine la, roti boleh kot. Tapi aiskrim never ok? Jangan terkejut, anak2 cik lela baru je tau baru2 ni tau. Tu pun sebab cik Lela tgh pregnan, teringin nak aiskrim tapi dilanda kemalasan yang teramat. And guess what? Dorg terkejut benda tu boleh di beli kalau panggil pakcik aiskrim tu and then dah addicted la pulak. Pantang dgr bunyi kring2, sibuk berlari mintak duit nak beli. Aiyoo! Cik Lela tepuk dahi sudah. Haha. Tapi dah tak takut sgt sebenarnya pun, dorg dah besar, masing2 9 & 6 tahun dah. Rasanya dah faham bahasa bila kita cakap 'takkan nak makan aiskrim hari2 kot sayang..' hehe.

Cik Lela tau, mesti ada yang kata, ala kita kerja penat2, untuk anak2 jugak kan. Apa salahnya manjakan dorg , bla bla. Sebab tu pesan awal, ni cara cik Lela.. Dan mesti ada yang kata, kejamnya lah buat camtu kat anak2. Hmm, cakap memang senang, tapi korang tak tau, betapa sayunya hati ni bila anak2 menangis tak nak tinggalkan kedai mainan, masa dorg tunjuk2 belon kat pasar malam. Lagi tambah sedih bila nampak dia tengok budak lain ( cousin dia ke) pegang,i can see dlm mata dorg..why kami tak dapat. Budak tu boleh..Tapi cik Lela bisik kat anak, tak best pun benda tu sayang,kita g beli makanan lagi best. Nanti Tengokla, kejap lagi bersepah je benda2 tu. Dan memang betul pun, kejap je bersepah dah. Haha ;P .

Memang proses tu agak sedih kadang2. Tapi Alhamdulillah, kesan positifnya dapat dilihat sekarang. Mereka ada kawalan nafsu membeli yg bagus. Org beli apa pun, dorg tak heran sangat dah. Sebab dorg tau, dok beli2, end up nanti bersepah. (aritu bagi Hakim hadiah besday kereta kontrol pun
kejap je mainnya) sabor jela. Tu sesekali beli tu. Imagine yg sokmo beli mainan.. Hmmm.

Plus lagi tambah happy bila baca Prof Muhaya cakap, anak2 yg ditanamkan kemewahan material,akan subur nafsunya.. Something camtu la ayat dia. So cik Lela lega, 1 part cik Lela dapat didik anak2 dengan agak baik. Dah besar, dah ada duit nanti, dorg nak membeli belah mcm mana cik Lela tak boleh halang dah. Tapi harap nafsu membeli tu tak membara2 sangat la kesan didikan awal ni (statistik ramai bankrap di usia muda sgt menakutkan ok).

Hmm, rasa panjang berjela dah ni. Harap apa yg dikongsikan ni jgn ada yg salah faham or apa2 ye. Kalau u oll jenis poket tebal, apa salahnya nak belanja anak2 sentiasa kan.. Duit berkepuk tu bukan leh bawak mati pun..hihi. Tapi disebabkan Cik Lela tak berapa nak mampu, so manjakan anak cara lain la.. Ini sekadar berkongsi cerita saja ye. Peacee! Hehe :D

4 comments:

  1. sgt suka tips ni,akn dpraktikkn dgn Sofea :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe,sila2. Tp x semudah di kata..hihi

      Delete
  2. WAA...GOODNYER....TP XSURE IGT KE X TIME ANK DH BESAR..HAHA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha Aida,time dh besar,dh fhm bahasa senang keje kita tau. G jalan memang x abis duit pun. Belanja mkn je.hihi

      Delete