Friday, November 16, 2012

Usaha kecil untuk Gaza

Sejak awal muharram aritu, 17hb Nov kita telah dikejutkan dgn berita keadaan yang menimpa saudara seislam kita di Gaza. Tiap hari buka fb,ada saja yang share pic2 mujahid2 yg sangat-sangat menyayat hati. Paling tak tahan,pic baby2 yg berlumuran darah,kepala tertembus semua. Ya Allah, sebak sesebaknya,meremang bulu roma. Sedih,tersentuh sangat naluri keibuan ni.. Kat sini anak2 kita main,gembira tanpa perlu risau kalau ada bom atau peluru nak datang tah dari mana..

Arini cik Lela bukan nak cite pasal Gaza. Tu semua orang dah tau rasanya. Tapi nak cite perihal cik Lela boikot mcd (boikot la sangat katanya).huhu. Dulu tiap kali ada pertumpahan darah di Palestin,akan keluar la saranan,boikot mcd,boikot all israeli funder products semua. Loreal, Starbucks, Johnsons, Nestle dll. Ok,di atas rasa kesedaran,kesedihan,kebencian pada Zionist. Memang kami sekeluarga tak makan pun kat mcd dan cuba elakkan beli benda2 dari company berkaitan. Tapi ada sekali tu,Hakim teringin sangat nak aiskrim mcd. Beli la 1. Tapi janggal nya lah rasa. Sebab boleh kira berapa orang islam je pi beli. (masa tu pegi dkt mcd mcm satu dosa besar - bagai subahat dgn zionis durjana laknatullah). Bila mcm tu,dah rasa bersalah sgt. Adik cik Lela pun siap cakap,dah mkn ni,nanti pegi sedekah rm20 kt tabung palestin (ganti balik). Punyalah dasyat ketakutan taknak makan mcd masa tu. Starbucks cik Lela tak heran,sbb tak pernah kenal & i'm syukur sgt..

Tapi bulan berlalu,keadaan di Palestin dah semakin tenang, mcd mula dipenuhi dgn org islam semula. Mula2 masing2 mcm takut-takut,malu-malu nak makan. Then lama kelamaan,semua orang pun dah mula selesa balik nak makan kat mcd. Termasuk la cik Lela & whole family jugak.

Again, selang beberapa ketika,bumi Palestin bergolak lagi. Dan bermula la semula ops Boikot Konon kami sekeluarga.. Sampai la ke bulan lepas.. Makan Samurai burger kot masa tu.

Dan,beberapa hari lepas,bumi Gaza dihujani peluru,bom lagi. Dan seperti biasa,keluarla gambar burger berdarah dgn mesej yg sama. Boikot mcd! Dan entah mengapa,kali ni mcm dtg semangat. Nak boikot mcd for good,forever, Insyaallah! Sebab sedar tak sedar kami dah tak makan mcd lebih kurang sebulan. Apa salahnya cuba tak makan terus kan. Bukan sihat pun.huhu.

Dan sebenarnya kan,time keadaan tenang tu la,masa kita makan dgn selamba tu la yg kita dah penuhkan tabung2 israel ni kan. Bukan masa sedang berlaku mcm sekarang. Kita tak makan just utk few weeks,tak beri kesan langsung pada mereka. Sebab kita dah makan for about a year! Ya allah,imagine la betapa 'pemurah'nya kita ni.. :’(

Mesti ada yang kata,ala ko beria boikot ni bukan ada kesan pun. Baik makan je. Ala tu,ala ni dan segala kata-kata. Tapi ntahla,cik Lela rasa nak mulakan sesuatu..
Jom la umat islam,kawan2 semua. Kali ni apakata,dah terlanjur boikot kejap,kita teruskan nak. Cakap memang senang kan. Al maklum saje,dah membesar bersama mcd sejak kecik kan. Ingat senang ke nak lupa kesedapan gcb,prosperity,air leh refill sampai pengsan tu.. Tapi apa salah kita cuba kan. Byk lagi makanan lain yang lebih sihat,mengenyangkan dan murah kat luar tu kan.. Burger2 bakar org melayu pun dah banyak. (tapi please la buat sedap2).  Bagi semua org leh lupakan mcd terus.

Please,cik Lela pesan kat diri sendiri. Jangan makan balik masa keadaan dah tenang mcm yg kami biasa buat dulu. Dan terbaru dpt berita. Mcd nak bg breakfast free isnin nanti. Apa maknanya tu? Mcd dah panik, nak kaburkan kita. Ya Allah,kau berilah kami kekuatan untuk melakukan 'sumbangan' yang teramat kecil ini Ya Allah.. :’(

No comments:

Post a Comment